Selamat datang ke blog saya....


informasi berinovatif



Saturday 15 October 2011

pencemaran...pencemaran...pencemaran

Sedih rasanya bila tengok keadaan sungai kita....



Masa dalam perjalanan nak pergi kelas tadi (mak ai..macam student jer..ari ke2 kursus) bila aku tengok sungai dekat Seksyen 25 kalau tak silap....lebih kurang macam ni la rupanya....tak pun lagi teruk dari ni...sedih rasanya.....

Bayangkan...1 tahun...5...10....last sekali..hilang terus sungai tu kot...??

Apa komen anda....

Kenderaan Masa Hadapan


Teknologi Kenderaan Hijau

Tarikh: 10 Jun 2010
Terbitan: Berita Harian


RUPA bentuk pepatung menjadi ilham penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencipta Automotor, kenderaan elektrik berteknologi hijau, menggabungkan fungsi motosikal dan kereta.
Penyelidik Unimas, Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff, berkata inovasi itu mewujudkan segmen baru kenderaan untuk kegunaan peribadi dan komersial.
Beliau berkata, konsep teknologi hijau dan mesra alam itu menampilkan ciri unikkenderaan menerusi penggunaan sumber tenaga elektrik serta bahan buangan sagu dan plastik polikarbonat dalam rekaannya.
"Kenderaan beroda empat ini boleh dipelbagaikan fungsinya kerana rekaannya fleksibel. Penunggang berada di bahagian belakang kenderaan, manakala penumpang di depan.
"Apabila hujan, kenderaan boleh ditutup sepenuhnya menggunakan pintu wind screen besar, membolehkan pemandunya dilindungi.
"Jika tiada penumpang, bahagian depan kenderaan dijadikan ruang menyimpan barang. Ciptaan ini dimanfaat untuk tujuan komersial seperti menghantar makanan segera," katanya ketika ditemui pada Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Saiful Bahari berkata, sumber tenaga elektrik digunakan antara ciri mesra alam Automotor kerana tidak mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.
Katanya, bateri lithium ion digunakan kenderaan itu membolehkan ia bergerak pada kelajuan 80 kilometer (km) sejam. Bateri hanya perlu dicaj semula selama tiga jam untuk perjalanan kirakira 100 km.
Disokong struktur rangka yang kukuh, bahan digunakan bagi membina badan kenderaansetinggi 1.4 meter (m), panjang 3m serta keluasan 1.6 m itu, katanya, adalah plastik polikarbonat yang turut digunakan untuk membuat botol air mineral.
"Struktur dalaman Automotor juga memanfaatkan bahan buangan sagu yang banyak terdapat di Sarawak termasuk untuk komponen serapan bunyi serta panel lantaikenderaan," katanya.
Beliau berkata, prototaip Automotor dijangka siap pada 2012 menerusi geran diterima daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta kerjasama jurutera pembangunan produk Mimos Berhad, Saharudin Busri.
Selain memenangi pingat perak pada ITEX ke21, Automotor juga menerima hadiah sagu hati sempena Pertandingan Reka Bentuk Malaysia tahun lalu.

kb: bila kereta ni dah digunakan secara menyeluruh...maka kurang la pencemaran asap, bunyi dan yang penting sekali tak de lagi nak risau pasal kenaikan harga minyak....
tapi...bila nak balik kampung macam mana plak ek..jarak kereta hybrid ni tak jauh...kena la berhenti dekat stesen charge pulak...

Friday 14 October 2011

Mari Buat Satay


Bahan-bahan (20 cucuk atau lebih)

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
      BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
      BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
      BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
      BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.
Selamat mencuba....

Cara Menyediakan Nasi Himpit


 Bahan-bahan

  • 3 cawan beras (bukan beras jepun)
  • 8 cawan air
  • Sehelai daun pandan - optional
  • Sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

  1. Basuh beras seperti biasa
  2. Tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. Ct guna rice cooker je, x plu kacau2.
  3. Setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
  4. Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate
  5. ini cth gambar bila Ct dah mampatkan dalam plastik ziplock tu

Resepi Kuah Kacang

 
Bahan-bahan

  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!