Selamat datang ke blog saya....


informasi berinovatif



Saturday 15 October 2011

Kenderaan Masa Hadapan


Teknologi Kenderaan Hijau

Tarikh: 10 Jun 2010
Terbitan: Berita Harian


RUPA bentuk pepatung menjadi ilham penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencipta Automotor, kenderaan elektrik berteknologi hijau, menggabungkan fungsi motosikal dan kereta.
Penyelidik Unimas, Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff, berkata inovasi itu mewujudkan segmen baru kenderaan untuk kegunaan peribadi dan komersial.
Beliau berkata, konsep teknologi hijau dan mesra alam itu menampilkan ciri unikkenderaan menerusi penggunaan sumber tenaga elektrik serta bahan buangan sagu dan plastik polikarbonat dalam rekaannya.
"Kenderaan beroda empat ini boleh dipelbagaikan fungsinya kerana rekaannya fleksibel. Penunggang berada di bahagian belakang kenderaan, manakala penumpang di depan.
"Apabila hujan, kenderaan boleh ditutup sepenuhnya menggunakan pintu wind screen besar, membolehkan pemandunya dilindungi.
"Jika tiada penumpang, bahagian depan kenderaan dijadikan ruang menyimpan barang. Ciptaan ini dimanfaat untuk tujuan komersial seperti menghantar makanan segera," katanya ketika ditemui pada Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Saiful Bahari berkata, sumber tenaga elektrik digunakan antara ciri mesra alam Automotor kerana tidak mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.
Katanya, bateri lithium ion digunakan kenderaan itu membolehkan ia bergerak pada kelajuan 80 kilometer (km) sejam. Bateri hanya perlu dicaj semula selama tiga jam untuk perjalanan kirakira 100 km.
Disokong struktur rangka yang kukuh, bahan digunakan bagi membina badan kenderaansetinggi 1.4 meter (m), panjang 3m serta keluasan 1.6 m itu, katanya, adalah plastik polikarbonat yang turut digunakan untuk membuat botol air mineral.
"Struktur dalaman Automotor juga memanfaatkan bahan buangan sagu yang banyak terdapat di Sarawak termasuk untuk komponen serapan bunyi serta panel lantaikenderaan," katanya.
Beliau berkata, prototaip Automotor dijangka siap pada 2012 menerusi geran diterima daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta kerjasama jurutera pembangunan produk Mimos Berhad, Saharudin Busri.
Selain memenangi pingat perak pada ITEX ke21, Automotor juga menerima hadiah sagu hati sempena Pertandingan Reka Bentuk Malaysia tahun lalu.

kb: bila kereta ni dah digunakan secara menyeluruh...maka kurang la pencemaran asap, bunyi dan yang penting sekali tak de lagi nak risau pasal kenaikan harga minyak....
tapi...bila nak balik kampung macam mana plak ek..jarak kereta hybrid ni tak jauh...kena la berhenti dekat stesen charge pulak...

No comments:

Post a Comment